

| Vacancy - Vacancies Available |
| Internship |

|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KPerak deals with ICT and anything that spells ICT We found out that ICT is a great way to improve lives and to enrich nation Here are a few key things that you need to know about KPerak and its roles We are a trust company established by the State Government of Perak, Malaysia to implement and execute the initiatives outlined in the ICT Strategic Blueprint KPerak 2010. |
|
|||||||||||||
![]() |
Pengenalan :Karnival Jalur Lebar merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM)di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan. Acara ini juga diadakan di setiap daerah mengikut keperluan. Bagi tahun 2012, Dataran Arena Pangkortelah dipilih sebagai acara pembukaan kepada karnival ini. Objektif :Masih mengekalkan misi yang sama iaitu 'Hidup Lebih Mudah dengan Jalur Lebar' , karnival ini bertujuan untuk mendekatkan masyarakat dengan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Selain itu karnival ini juga selaras dengan matlamat Strategi Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) yang mempunyai dua objektif utama iaitu Jalur Lebar untuk Masyarakat Umum (BBGP) dan Jalur Lebar untuk Kepentingan Ekonomi (HSBB). Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Mengikut data SKMM, kadar penembusan jalur lebar di Perak sehingga 7 September 2011 adalah 51%. Karnival ini sangat bertepatan untuk menjayakan matlamat penembusan jalur lebar di Perak khususnya iaitu sebanyak 75% menjelang 2015 dan 100% menjelang 2020. Di antara perkhidmatan yang menggunakan revolusi jalur lebar di Perak adalah seperti Portal Gerbang Mesra Rakyat (SUK Negeri), Perak GIS (Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah), KPEC (di sekolah terpilih). Industri kreatif dan multimedia di Perak juga semakin berkembang seiring teknologi dengan penghasilan siri animasi seperti Perak Boy dan filem Mantera. |









