IPOH 14 November 2009 - Sebagai usaha mempertingkat kualiti animasi tempatan, KPERAK Implementation and Coordination Corporation telah bekerjasama degan syarikat tempatan Aspati (M) Sdn Bhd, di bawah program Inisiatif Pembangunan Kandungan Multimedia Kreatif (CMC) telah 'menghidupkan kembali' watak 'Keluang Man', watak hero pembela manusia sejagat yang merupakan penghuni rumah sakit jiwa.
Di bawah KPerak-Aspati Studios, siri animasi 'Keluang Man 2' yang menggunakan teknologi open source 3D sepenuhnya, memperlihatkan pembaharuan yang menarik serta kesungguhan KPERAK INC didalam merealisasikan aspirasinya untuk memajukan negeri Perak sebagai sebuah pusat teknologi maklumat terunggul dengan memfokuskan salah satunya kepada perkembangan multimedia kreatif dan animasi.